AMARAN CUACA WASPADA, BAHAYA DI BEBERAPA NEGERI TERMASUK DI SABAH


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dan bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk di Sabah sehingga esok dan Selasa.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 4.35 petang ini memaklumkan  amaran pada tahap waspada di Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat sehingga esok.

Keadaan cuaca yang sama juga diramalkan melibatkan Daerah Kinta; Kampar; Bagan Datuk; Hilir Perak; Batang Padang dan Muallim di Perak, Daerah Sabak Bernam; Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor,  Daerah Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian; Kulai; Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Cameron Highlands dan Lipis).

Sementara itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan lebat sehingga esok di Pahang, iaitu melibatkan Daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ia melibatkan Daerah Mersing. 

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan Daerah Kemaman di Terengganu, Pahang (Raub, Bentong dan Bera) dan Daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *