Abang sulung PM dilantik Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan


Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah memilih Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang baru berkuat kuasa 13 September 2021.

Zamri adalah abang sulung kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Walau bagaimanapun, sumber yang mengetahui pemilihan tersebut berkata laporan berita yang mendakwa terdapat penglibatan eksekutif dalam proses itu tidak tepat.

Pada bulan Disember tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mewartakan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020 yang memungkinkan Nafas memilih pemimpin mereka sendiri.ADS

Peraturan baru menyatakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas perlu dipilih dalam kalangan 17 anggota itu sendiri.

Enam daripada 17 anggota dilantik oleh menteri pertanian dan industri makanan manakala selebihnya dipilih semasa mesyuarat agung tahunan organisasi.

“(Zamri) tidak dilantik tetapi dipilih berdasarkan penglibatannya dalam Pertubuhan Peladang Pahang (Pafsa) dan Persatuan Pekebun Kecil Malaysia (Nash),” kata seorang sumber dengan syarat enggan menyiarkan namanya kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Zamri juga merupakan Ahli Pihak Berkuasa Risda (2016–kini), Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri Pahang (2014–kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (1998–kini) serta Lembaga Pengarah Risda Fleet Sdn Bhd. (2014-kini).

Selain itu, dia juga ialah Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Nasional Berhad (Narsco) Berhad sejak 2012 sehingga kini serta Pengerusi Narsco Travel Tours Sdn Bhd (2013–kini).

Nafas ialah badan berkanun yang berfungsi sebagai payung besar kepada 14 pertubuhan di peringkat negeri.

Antara lain, objektif Nafas untuk meningkatkan hasil, membekalkan input dan keperluan untuk ladang, membekalkan peralatan pertanian, menyediakan kemudahan kredit, melabur dana anggota dan memproses hasil di kilang.

Nafas memiliki sekurang-kurangnya 13 syarikat dan melapor kepada menteri pertanian dan industri makanan.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *