1,924 kes Covid-19, 12 kematian


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,924 kes baharu Covid-19 dengan 12 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,752 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih kekal mengatasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 263,761.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 1,918 adalah penularan tempatan manakala enam jangkitan di luar negara.

Dengan 12 kematian direkodkan menjadikan angka korban Covid-19 setakat ini 1,100.

Sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara 293,698 kes.

Ketika ini, 28,837 sedang dirawat, dengan 205 di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Memperincikan kes jangkitan baharu, Hisham berkata Selangor terus melaporkan kes tertinggi iaitu 666 kes.

“Daripada jumlah itu, 527 kes (79.1%) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Ini diikuti Johor dengan 257 kes, Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218).

Katanya, 105 kes (5.5%) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan kluster Tembok Tapah (41), kluster Damai Pelangi (32), kluster Tembok Pengkalan Chepa (15), kluster Tembok Bendera (13 kes), kluster Penjara Seberang Perai (3), dan kluster Tembok Sungai Udang (1).

Berhubung kes kematian pula, Hisham berkata semuanya membabitkan rakyat tempatan.

“Kes kematian hari ini melibatkan sembilan di Selangor, (2) di Sarawak, dan (1) di Pulau Pinang,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *