18,815 kes Covid-19 ini hari, Sabah ada 1,982 kes


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod kes harian Covid-19 dengan 18,815 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 2,049,750 kes.

Hisham berkata, terdapat 16,939 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,800,278.

Terdapat 1,222 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 710 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sarawak mencatatkan rekod tertinggi kes harian hari ini dengan 3,660 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (2,718), Johor (2,206), Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233), Kelantan (1,222), Terengganu (814), Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269), Negeri Sembilan (170), Perlis (80), Putrajaya (22) dan Labuan (11).

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 15 September, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 0.97.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.14), diikuti oleh Terengganu (nilai 1.08), serta Perlis dan Pahang (nilai RT 1.06).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Sabah, Kedah, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *