1,649 kemalangan direkod pada hari ketujuh Op Selamat 19


KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,649 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari ketujuh pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 2,002 kenderaan dengan kemalangan melibatkan kereta merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,492 kes.

“Ia diikuti pacuan empat roda (269), motosikal (168), lori (28), van (30), bas (11), teksi (3) dan satu kes kemalangan bagi basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara. –Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *