159 kes baharu, satu kluster diisytihar tamat di Sarawak


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 159 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 9,924, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan daerah Sibu mencatat 52 kes, Betong (49), Kuching (18), Bintulu (15), Miri (sembilan), Sarikei (lima), Dalat (tiga), Samarahan (tiga) manakala Sri Aman, Bukit Mabong, Marudi, Tatau dan Subis masing-masing satu kes.

Sementara itu, 227 kes sembuh dan dibenarkan discaj direkod menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 7,490 orang atau 75.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini turut mengisytiharkan Kluster Sekubong, Sebauh ditamatkan setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

Setakat ini, sejumlah 25 kluster masih aktif melibatkan kluster Jalan Muhibbah, Betong; Emperoh Jambu, Kuching; Jalan Green, Kuching; Buloh, Selangau; Jalan Ho Pin, Samarahan; Sungai Bakong, Meradong; Kejatau, Sri Aman; Jan Yong, Kapit; Geronggang, Sibu; Mas Merah, Sibu; dan Univista, Samarahan.

Selain itu adalah kluster Kampung Sungai Maong, Kuching; Kidurong Dua, Bintulu; Nanga Lijan, Julau; Seruas, Beluru; Sebangkoi, Sri Aman; Jun Heng, Bintulu; Bintang Daily, Meradong; Jalan Pengiran, Matu; Tabong, Bau; kluster Indah Riang, Kuching; Rakut, Miri; Jelita, Miri; Gelong, Kapit; Pasai, Sibu dan satu Sub-Kluster Tangap, Subis. -Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *